Selamat datang di blog Jual panahan murah 085647603608
Jumat, 17 Mei 2019

Kenapa ‘Target panic’ bisa terjadi

Untuk memahami masalah ‘target panic’, kita perlu memahami kenapa dan bila ianya berlaku. Baker (1995), mendapati bahawa masalah serangan panik boleh berlaku tanpa sebab dan dimana-mana sahaja. Walaubagaimanapun, beliau menggariskan 7 kaedah mengenal pasti corak tertentu yang boleh digunapakai sebagai panduan untuk mengenal pasti masalah panik, iaitu tempat, situasi, perasaan, jangkaan, tindakan/tiada tindakan, berfikir mengenai sesuatu masalah dan mengalami masalah tidur.

Jurulatih Kelab memanah UiTM Pahang, mendapati ‘target panic’ berlaku apabila pemanah kurang menjalani latihan. Kerana ingin mencapai skor yang tinggi, pemanah telah mengalami tekanan dan mengganggu emosi. Mereka menjadi terlalu banyak berfikir untuk mencapai matlamat tersebut hingga mengganggu rutin teknik panahan. Akibatnya, pemanah akan hilang fokus, menjadi terlalu risau dan takut melakukan kesalahan.

Walaubagaimanapun, jika berlatih terlalu kerap ataupun telah mencapai skor yang tinggi dan ingin lagi memperbaiki skor, masalah ‘target panic’ juga boleh berlaku. Apabila berlatih terlalu kerap, pemanah mempunyai sedikit masa untuk proses pemulihan fizikal dan juga psikologi. Jangkaan yang terlalu tinggi mengakibatkan timbul masalah teragak-agak, terlalu berhati-hati ditambah pula dengan masalah kelesuan akibat berlatih terlalu kerap.

Masalah yang sama juga boleh berlaku jika pemanah baru menukar peralatan. Pemanah perlu membiasakan diri dengan peralatan baru. Oleh yang demikian sedikit masa diperlukan untuk mencapai prestasi sebelum bertukar alat. Kerana kurang sabar dan menjadi terlalu cemas, pemanah menghadapi masalah yang disebutkan diperenggan sebelumnya.

Ketika pertandingan, pemanah sudah semestinya inginkan membuat panahan terbaik. Mereka hanya perlu melakukan rutin teknik panahan yang telah mereka lakukan ketika latihan. Namun, ketika pertandingan seringkali sesuatu yang tidak diingini berlaku, seperti angin terlalu kuat, hujan, persaingan hebat, ganguan penonton dan terlalu inginkan kuning. Tekanan-tekanan ini membuatkan pemanah hilang kawalan dan fokus. Masalah yang sama akan berlaku seperti menjadi terlalu risau, takut melakukan kesalahan, terlalu berhati-hati, terlalu banyak berfikir sehingga mengakibatkan masalah ‘target panic’ berlaku.

Bagaimana mengatasi ‘target panic’


Proses memulihkan masalah target panic tidak mempunyai langkah yang spesifik. Setiap pemanah mempunyai kaedah tersendiri untuk pulih. Secara umumnya, jurulatih UiTM Pahang mengambil pendekatan (seperti rajah 2) pemulihan semula mental, memberi motivasi bagi meningkatkan semula keyakinan dan mengubah tabiat teknik memanah dengan menggunakan alat ‘back tension release’. Alat ini dapat memperbaiki teknik panahan pemanah supaya fokus tidak hanya untuk mendapat kuning (biasanya pemanah akan melepaskan tali apabila bidikan berada pada kuning), tetapi memastikan teknik yang betul digunakan. Teknik mengalihkan fokus ini (hanya ketika fasa pemulihan), pemanah akan dapat menghilangkan rasa takut dan menghapuskan 3 jenis ‘target panic’ ini.


Bagi proses pemulihan terperinci, jurulatih berpengalaman dari Terengganu, Encik Abdul Razak Yaacob, menggunapakai kaedah yang sedikit berbeza. Beliau mencadangkan kaedah seperti yang berikut: -

“Tembak jarak 5 meter tanpa target face. Dalam 4 hari selepas itu, panah satu anak panah ke satu target. Guna sasaran yang paling kecil, seperti sasaran ‘indoor’. Latihan dibuat berulang-kali sehingga pemanah yakin....”

Terdapat juga pemanah yang mengalami ‘target panic’ yang terlalu melampau dalam kes ini, jurulatih mengarahkan pemanah untuk berehat seketika bagi proses pemulihan psikologi. Pemanah diberi motivasi berterusan dalam tempoh ini bersama dengan teknik kawalan mental yang diperlukan bagi melakukan panahan.

Kesimpulan


Penulisan ini telah dapat menjelaskan 7 sebab kenapa masalah ‘target panic’ boleh berlaku iaitu kurang latihan, banyak berfikir, emosi tidak stabil, matlamat skor terlalu tinggi, takut kuning, bertukar peralatan dan tiada masa untuk pelaziman semula. Manakala ianya boleh berlaku selepas mencapai skor yang tinggi, ketika pertandingan atau terlalu inginkan kuning. Pemanah UiTM Pahang melalui 9 proses pemulihan, iaitu fokus pada teknik panahan, memanah 10 meter, kawalan mental, latihan tambahan, motivasi dan kawalan mental, menggunakan alat ‘back tension’ memanah tanpa alat menenang, campurtangan jurulatih dan berhenti memanah seketika.

Melalui pemerhatian sewaktu latihan, bagi kategori compound lelaki, pemanah yang telah mencapai skor 1300 dan bagi kategori compound wanita 1320 pada kebiasannya akan mengalami masalah ‘target panic’. Panduan ini boleh digunakan oleh jurulatih untuk bersedia bagi melalukan campurtangan yang sepatutnya dalam membendung masalah ini. Walaubagaimanapun, tiada kajian yang boleh menyokong fakta ini. Oleh yang demikian ia membuka peluang kepada penyelidik untuk melakukan penyelidikan.

Dalam kajian yang akan datang disarankan agar penyelidik membuat kajian  hubungkait skor dengan ‘target panic’. Kajian  ini boleh dilanjutkan dengan melihat adakah penetapan  matlamat yang tinggi menjadi faktor berlakunya masalah ini. Selain daripada itu, dengan mengaitkan lebih banyak lagi faktor-faktor lain yang berkaitan dalam kajian-kajian seumpama ini, ianya akan memberikan lebih banyak input kepada jurulatih untuk merancang langkah pencegahan bagi mengelak masalah ‘target panic’ berlaku dan berulang.

Penulis : MOHAMAD AZMI NIAS AHMAD dan ADAM FEIZREL LINOBY RONNY LINOBY



Fenomena ‘Target Panic’ di klub Memanah

Masalah ‘target panic’ adalah berkaitan dengan ganguan psikologi yang mengakibatkan seseorang pemanah itu hilang kawalan dalam melakukan rutin memanah yang sempurna. Masih belum ada lagi kajian secara terperinci mengenai masalah ini. Ia biasanya berlaku dikalangan keseluruhan pemanah kategori compound Kelab Memanah UiTM Pahang, tetapi hanya 5 kes sahaja dibincangkan kerana terdapat catatan lengkap. Penulisan ini bertujuan untuk meneroka masalah ini dan merungkaikan bagaimana masalah ini dapat diatasi dengan jayanya di UiTM Pahang. Kaedah penyelesaian ini boleh digunapakai dan dijadikan asas untuk penambahbaikan oleh jurulatih-jurulatih memanah di UiTM Pahang khususnya dan di semua peringkat secara amnya.

Memanah memerlukan seseorang yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal (Ahmad, 2012; Haywood & Lewis, 2006). Disebabkan persaingan yang sengit dikalangan atlet memanah untuk mendapat skor yang tinggi bagi mewakili negeri ataupun negara, pemanah berlatih dengan lebih kerap dan berusaha untuk memperbaiki teknik panahan (Um, 2009). Walau bagaimanapun, keghairahan ini mengakibatkan pemanah menjadi takut untuk melakukan kesalahan, terlalu banyak berfikir mengenai teknik panahan dan terlalu fokus kepada kesempurnaan yang akan mencetuskan fenomena ‘target panic’ (Kidwell, 2004; Thomas, 2008). Kesemua masalah yang disebutkan ini (dan juga di dalam rajah 1) berkait rapat dengan aspek psikologi , persediaan pemanah dan teknik memanah yang telah menjadi tabiat (Hung, 2009; Hung, Lin, Lee, & Chen, 2008; Jang & Huang, 2009). 

Target panic


Kidwell (2004) telah mengistilahkan ‘target panic’ sebagai gangguan samada gangguan minda, teknik panahan ataupun kebimbangan di kalangan pemanah. Masalah ini mengakibatkan pemanah hilang kawalan dan hilang konsentrasi secara tiba-tiba (Thomas, 2008). Kidwell (2004), mengklasifikasikan ‘target panic’ kepada 3 jenis iaitu :-

1. Melepaskan tali terlalu awal (Premature Release)
2. Tidak mahu melepaskan tali (Premature Hold)
3. Gabungan keduanya (combination between premature release and Hold)
Bagi pemanah yang mengalami masalah melepaskan tali terlalu awal (Premature Release), kebiasaanya mereka gugup bilamana alat menenang menghampiri kuning ketika memanah. Pemanah pada kebiasaanya merasa takut kepada lingkaran kuning. Kegugupan ini mengakibatkan mereka sengaja membidik diluar sasaran kuning dan melaraskan alat menenang supaya anak panah tetap menuju ke sasaran

‘Target panic’ bagi kategori ‘Premature Hold’ pula adalah dimana pemanah tidak mahu melepaskan tali ketika proses bidikan. Kebanyakkan pemanah memberi maklumbalas bahawa mereka terlalu takut jika anak panah tidak menepati sasaran. Terdapat juga pemanah yang mengalami gabungan kedua-dua masalah ini, iaitu, melepaskan tali terlalu awal dan tidak mahu melepaskan tali.

Sabtu, 16 Desember 2017

Jual panahan murah


Jual panahan murah tapi berkualitas, harga mulai dari 175.000 dan 190.000/ paket untuk pemula dengan berat 30-35 lbs. warna bisa minta sesuai keinginan, boleh menambah kata  mutiara, atau kata motivasi di limbs busur panah, bagi anda yang baru dalam panahan silahkan konsultasikan dulu kepada kami.

berikut ini foto jual panahan murah nya.

Panahan murah dewasa 


Jual panahan murah


Spesifikasi produk horsebow PVC ini :

Jual alat panahan untuk pemula dewasa | Harga Rp. 175.000,-

Nama : Jantan

– Bahan pvc dua lapis (bukan pvc tunggal, jadi lebih kuat dan tidak mudah patah)
– Panjang sekitar 132 cm
– Berat tarikan sekitar 30 lbs
– Tali string menggunakan tali giok cina yang dililit dengan benang nylon. kuat dan lentingan bagus.
– Ada arrowrestnya, nyaman di genggaman, tidak melukai lengan bagi yg belum memiliki pelindung / pemula

Jarak tembak sekitar 100 meter (test di lapangan terbuka) flyshot
akurasi tembakan 15-20 meter sudut datar

Bonus :
– Print target 1 lembar
– Panduan panahan pemula

Harga 175.000
Garansi 5 Bulan

Catatan :

Garansi hanya berlaku jika kesalahan produk dan bukan dari pemakaian yang tidak wajar. kami yakin pembeli kami adalah orang yang jujur. dan Allah maha tau. lebih jelasnya silahkabn baca di halaman tos.

Produk dewasa kedua





Nama : GACO
Model : 35a Horsebow PVC

– Bahan pvc tiga lapis (bukan singel pvc tapi 3 pipa di jadikan satu, sehingga kuat dan tahan lama)
– Panjang sekitar 132 cm
– Berat tarikan sekitar 35 lbs
– Tali string menggunakan tali giok cina yang dililit dengan benang nylon. kuat dan lentingan bagus.
– Ada arrowrest, mempermudah latihan bagi pemula, dan mempermudah membidik sasaran, tangan tidak luka bagi yg belum punya sarung tangan.

– Jarak tembak sekitar 120 meter (test di lapangan terbuka) flyshot
– akurasi tembakan 20-30 meter masih bisa menembak sudut datar.

Bonus :

– Print target 1 lembar
– Panduan panahan pemula

Harga 190.000

Garansi 5 (lima) Bulan


VIDEO TEST PANAH 





Panahan murah untuk anak-anak

Horsebow pvc 18 lbs, cocok untuk 8-12 tahun

Panjang total 110 cm
Berat tarikan 18-20 lbs
Jangkauan tembak sekitar 70 meter
Akurasi 10 meter
string giok cina dililit nylon
Arrowrest ada

Bonus :
- Anak panah 3
- Print target 1
- Panduan panahan pemula
- tali karet sebagai alternatif quiver

Garansi 3 bulan

Silahkan bagi anda yang mau membeli panahan murah khusus untuk pemula ini, bisa menghubungi kami melalui wa/telpon/bbm ke 085647603608, Pin BBM : PANAHAN,

TESTIMONI PELANGGAN


berikut ini kami sampaikan beberapa testimoni pelanggan yang pernah membeli panahan murah kami,



















Bagi anda yang mau beli panahan murah namun tetap memiliki kualitas yang cukup bagus, bisa mencoba panahan ini.. silahkan langsung hubungi nomor yang tertera diatas lewat whatsapp atau sms atau langsung di telpon.
semoga informasi tentang jual panahan murah ini bisa bermanfaat.

sumber foto dan detail Panahan untuk anak dan panahan murah untuk dewasa di ambil dari tokoalatpanahan.id